Share:

Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, kebanyakan pasangan mestilah melalui fasa pertunangan dulu kan?

Kalau sebelum ini, gambar pertunangan kawan-kawan, saudara-mara cliche sangat, tapi berlainan pula bagi pasangan ini.

Disebabkan cara bertunang mereka ini sangatlah jarang dibuat orang, terus jadi tular di media sosial.

“Bertunang Jarak Jauh” namanya sebab si lelaki tidak hadir ke rumah pasangannya tetapi hanya berhubung menggunakan komputer riba sahaja. Mungkin melalui aplikasi Skype.

Tidak dapat dipastikan mengapa si lelaki tidak turut sama hadir hadir ke majlis pertunangan, namun yang pasti ia sedikit pun tidak menjejaskan kemeriahan pada hari tersebut.

Melihat pada gambar-gambar, mereka turut mengabadikan memori dengan mengangkap gambar bersama dengan berdiri sebelah menyebelah dengan komputer riba.

Foto: Facebook

Ramai sungguh netizen yang mengatakan pertunangan seperti ini tersangatlah sweet sampai ada yang tag pasangan masing-masing kerana mahukan yang sama.

Tapi macam biasalah, pasti ada komen-komen negatif dari netizen yang beranggapan ianya sebagai tidak wajar dan menghapuskan nilai-nilai dalam adat Melayu.

“Pasni nikah jarak jauh, pastu setubuh jarak jauh.Barulah moden”

“Nanti akad nikah macam ni juga. parah!”

“Makin lama adat Melayu hilang pasal benda2 mcm ni la.sweet tang mne ntah.”

Kalau diikutkan adat pertunangan dulu-dulu, pihak lelaki memang tidak hadir ke majlis pertunangan, cuma zaman sekarang ini ramai yang memilih untuk hadir sama.

Bagaimana pendapat anda?

Share: