Share:

SEPANG: Seorang pekerja wanita warga Indonesia maut disambar petir ketika menyelenggara landskap di bawah Menara Kawalan Trafik Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Pariah, 45, maut serta-merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata mayat mangsa ditemui rakan sekerjanya, yang kemudian memaklumkannya kepada majikan.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Share: