Share:

BATU GAJAH: Seorang wanita menahan sakit beberapa jam selepas sebatang paku tertusuk di tapak tangan kanannya hari ini.

R Puveneswary, 36, melakukan kerja penyambungan pallet di rumahnya sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu.

Dia dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Mohd Isa Zainal, berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital pada jam 2.03 petang, meminta bantuan mengeluarkan paku dari tangan mangsa.

“Anggota bomba memotong kepala paku berkenaan sebelum menariknya ke bawah perlahan-lahan hingga dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, proses mengeluarkan paku berkenaan mengambil masa kira-kira 10 minit dan operasi tamat pada jam 2.19 petang.

Sumber: Berita Harian

Share: