Share:

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan beberapa orang kanak-kanak di sebuah taska dikasari oleh pengasuh mereka.

Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV)yang dimuat naik oleh Ziera Shammudin, kelihatanseorang pengasuh mendukung seorang bayi sebelum menghempas bayi itu ke tilam. Ketika bayi itu sedang menangis kesakitan, pengasuh itu kemudian menolak kepala bayi tersebut dan mengangkat kedua-dua tangannya dengan cara kasar.

Dalam rakaman CCTV di sudut yang lain pula, seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja terbaling mainan sehingga terkena kaki pengasuh. Berang dengan kejadian itu, pengasuh tersebut mendukung kanak-kanak itu dan dicampaknya ke dalam bilik hingga tersungkur di atas lantai.

Video berdurasi 1 minit 49 saat itu telah ditonton 239,000 kali dan dikongsi 6,041 pengguna Facebook.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut tidak dapat mengawal kemarahan dengan tindakan pelaku yang tidak berhati perut itu.

Difahamkan, pengasuh dan pemilik taska itu telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Jesteru, apakah cadangan anda bagi mengelakkan kejadian seperti ini dari terus berlaku? Bincangkan.

Share: