Share:

GEORGETOWN: Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri dan anak lelakinya Datuk, dibebaskan dengan jaminan RM100,000 setiap seorang dengan dua orang penjamin, hari ini.

Penolong Pendaftaran Tertinggi Mahkamah Majistret, Ahmad Tajudin Zain, mengeluarkan perintah itu di sebuah hospital swasta di sini, selepas Datuk Seri berusia 74 tahun berkenaan terpaksa mendapatkan rawatan sejak Jumaat lalu.

Terdahulu, anaknya yang berusia 47 tahun dan memegang jawatan Pengarah Urusan sebuah syarikat pemaju hartanah turut dibawa ke hospital sama pada jam 10.50 pagi tadi, diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua mereka ditahan SPRM pada 12 April lalu dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan salah guna kuasa dan kedudukan berkaitan kes pecah amanah sebuah yayasan berkepentingan Bumiputera di negeri ini.

Datuk Seri yang juga penasihat syarikat itu, dimasukkan ke hospital berkenaan akibat tekanan darah tinggi.

Pecah amanah: Datuk Seri, anak diikat jamin

Pecah amanah: Datuk Seri, anak diikat jamin

Sumber: Berita Harian

Share: