Share:

IPOH: Seorang pemandu patah kaki kanan selepas lori dipandunya merempuh tembok konkrit penghadang antara laluan tol di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pemandu berusia 40-an itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh tembok berkenaan, menyebabkannya tersepit di tempat duduk.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.21 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati sebuah lori membawa pasir remuk di bahagian depan manakala pemandu tersepit di dalamnya.

“Mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dibawa menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi diketuai Ketua Operasi Khir Mohd Noor itu tamat pada jam 10.04 pagi.

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan pemandu lori muatan pasir yang tersepit selepas kenderaannya hilang kawalan dan merempuh tembok konkrit Plaza Tol Ipoh Selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) – Foto Ihsan Bomba

Sumber: Berita Harian

Share: