Share:

Gila, biadab dan tak senonoh! Sekumpulan remaja seperti hilang akal apabila merakamkan aksi tarian mereka di atas kubur.

Video berdurasi 22 saat itu dikongsikan laman Facebook Viral Agency, memaparkan kejadian yang berlaku di sebuah tanah perkuburan.

Menerusi video berkenaan, remaja terbabit tanpa rasa bersalah dan malu dengan selamba mencangkung di atas pusara sambil membuat gerakan tarian dengan riak wajah ‘gembira’.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti. Ada yang mengatakan ia berlaku di negara jiran.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan dan sikap remaja terbabit yang disifatkan menghina agama Islam.

“Semoga Allah turunkan bala kepada mereka.

“Bodohnya. Akal yang waras entah ke mana. Biadap.

“Aku tengok kau orang ni macam beruk,” komen netizen.

Foto: FB Viral Agency

Semoga anak-anak kita tak terpengaruh dengan aksi biadab kumpulan remaja ini.

Share: