Share:

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dikhuatiri lemas selepas hilang apabila kereta dinaikinya dihanyutkan ke dalam sungai di jalan Rantau-Sungai Gadut dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa yang belum dikenal pasti dikatakan tidak sempat keluar daripada kereta itu yang dihanyutkan banjir kilat.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya dimaklumkan, rakan mangsa yang juga seorang lelaki berusia 30-an sempat menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

“Rakan mangsa memberitahu, kereta dinaiki mereka hanyut ke dalam sungai berarus deras ketika melalui jalan itu yang dilanda banjir kilat.

“Pasukan bomba dan polis melancarkan operasi mencari dan menyelamat di sungai itu namun belum menemui mangsa,” katanya di sini, malam ini.

Sumber: Berita Harian

Share: