Share:

Hollywood: Dia mungkin seorang superhero dalam kaca tv, tetapi jatuh hati kepada keanggunan seorang gadis berdarah Sabahan.

Hero dalam siri tv popular The Flash, Thomas Grant Gustin bertunang dengan Andrea Thoma, seorang wanita separuh Kadazan.

Menurut satu posting Instagram, mereka berdua baru sahaja bertunang. Posting itu menunjukkan Thoma menunjukkan cincin pertunangan sambil tersenyum lebar.

DOUBLE INSTA FOR LOVE!!!!!!!! My heart is exploding!! ❤️?❤️?❤️?❤️?❤️? @lathoma3 @grantgust I LOVE LOVE.
A post shared by leelarothenberg (@leelarothenberg) on

Berdasarkan akaun Instagram Thoma pula, difahamkan Thoma mempunyai darah Sabahan melalui ibunya.

Selain itu, Thoma juga pernah memuat naik gambar keluarganya memakai pakaian tradisional Kadazan.

Share: