Share:

Masyarakat sekali lagi dikejutkan dengan beberapa keping gambar pemimpin muda DAP iaitu Dyana Sofya dan juga ahli parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang kelihatan begitu intim dalam sebuah restoran.

Gambar yang mula diedarkan menerusi laman Facebook Friends of BN itu sudah pastinya membuatkan ramai tidak senang duduk kerana sisi peribadi seorang pemimpin yang dihormati telah didedahkan sedemikian rupa.

Bagi penyokong kedua pemimpin tersebut, mereka berasakan ia adalah satu taktik pihak lawan untuk menjatuhkan mereka terutamanya ketika pilihanraya umum dijangka bakal diadakan tidak lama lagi.

Manakala bagi penyokong pihak parti lawan menganggap ia satu perbuatan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat negara ini yang masih kuat berpegang kepada adat Melayu dan juga Islam khasnya.

Apa pun, perbuatan tersebut nyata telah ‘kantoi’ seterusnya memaksa Dyana tampil dengan kenyataan untuk menjernihkan keadaan tersebut.

Menerusi laman Facebook miliknya, Dyana berkata gambar tersebut jelas menunjukkan ia adalah serangan peribadi terhadapnya dan ia adalah kali ketiga dalam masa hanya 2 bulan.

Katanya, dia tiada masa untuk melayan cerita negatif sedemikian kerana kini dia sentiasa memberi fokus kepada kerja dan khidmat kepada masyarakat terutamanya rakyat Teluk Intan.

“Saya tiada masa untuk melayan semua ini. Saya sedang fokus kepada kerja dan khidmat saya kepada masyarakat.”

“Jadi saya mohon kepada semua rakan dan penyokong agar sebarkan tentang ini (keperluan masyarakat setempat) berbanding kisah negatif ini,” katanya.

Apa pun, terpulanglah kepada masyarakat untuk menilai sendiri pemimpin jenis dan kategori manakah yang mereka mahu pilih dalam pilihanraya akan datang. Selain tanggungjawab dan amanah dilunaskan sebaik mungkin, integriti juga perlu diambil kira, kan?

Share: