Share:

Kootu Funds atau lebih dikenali sebagai “Main Kutu” sememangnya popular di kalangan masyarakat Malaysia sejak dulu lagi.

Tujuan asal main kutu adalah untuk menyimpan duit secara berpakat. Biasanya dilakukan dalam kumpulan kecil antara 6 hingga 12 peserta agar pengumpulan dana dapat dibuat dalam keadaan terkawal tanpa sebarang penipuan. Konsep main kutu sama seperti berhutang cuma bezanya tiada sebarang faedah (riba) yang dikenakan kepada peserta.

Untuk main kutu, setiap peserta perlu membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui dalam jangkamasa yang ditetapkan. Peserta-peserta akan ditentukan giliran untuk menerima wang terkumpul mengikut cara undian.

Sebagai contoh seramai 6 peserta telah bersetuju untuk membayar RM200 setiap bulan dari bulan Mei sehingga November, jadi setiap bulan akan ada salah seorang dari peserta menerima wang terkumpul iaitu sebanyak RM1200.

Salah seorang akan dilantik sebagai Pemegang Amanah atau “Ibu Kutu” yang bertanggungjawab mengumpul kesemua duit caruman peserta dan menyerahkan wang terkumpul kepada setiap peserta apabila tiba giliran.

Jika dipandang dari sudut pengurusan kewangan, main kutu sememangnya sangat bagus kerana kita dapat mencarum dan meminjam wang tanpa dikenakan sebarang faedah. Namun, wang terkumpul yang diperolehi kelak perlulah digunakan untuk tujuan yang berfaedah, barulah berbaloi.

Jadi apa pula keburukan main kutu?

Kredit foto – Sinarharian

Kebiasaannya peserta yang mendapat giliran pertama akan lebih seronok kerana menerima wang terkumpul lebih awal. Tetapi selepas mendapat wang terkumpul, pasti akan merasa liat untuk membayar hutang bulanan kepada peserta lain. Itulah risiko utama main kutu selain “Ibu Kutu” yang diamanahkan untuk memegang wang dana, lesap bersama wang terkumpul.

Mengikut pandangan Islam, hukum main kutu adalah seperti berikut.

Kesimpulannya, skim 鈥榢utu鈥 antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.鈥?Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Namun mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa main kutu sebenarnya adalah salah disisi undang-undang di bawahAkta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971.

Pernahkah anda main kutu? Jom kongsikan pengalaman anda tentang kebaikan dan keburukan main kutu.

Share: