Share:

ALOR SETAR: Seorang lelaki cedera dibelasah manakala motosikalnya dibakar pemilik kediaman yang cuba dicerobohi di Taman Angsana, Pokok Sena, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata pemilik berusia 32 tahun itu sempat menahan suspek yang cuba melarikan diri selepas menyedari rumah terbabit berpenghuni, kira-kira jam 11 malam tadi.

Katanya, suspek berusia 21 tahun itu bergelut dengan pemilik rumah terbabit sebelum dibelasah manakala motosikal jenis Yamaha 135LC miliknya turut dibakar.

“Suspek masuk melalui pintu pagar rumah pengadu yang tidak berkunci tetapi dikejutkan oleh jeritan pemilik kediaman itu.

“Suspek kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan manakala pengadu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Rozi berkata, kes suspek disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh manakala pemilik rumah disiasat mengikut Seksyen 435 kerana khianat dengan api,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share: