Share:

KUALA LUMPUR: Satu bungkusan misteri ditemui bersama nota ugutan bom berhampiran Perpustakaan Negara dan Wisma BERNAMA di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu pada jam 5.33 petang.

“Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat terbabit.

“Hasil pemeriksaan, anggota bomba menemui satu bungkusan bertulis ‘bom’ dan nota ugutan pada pokok di situ,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Beliau berkata, anggota mengarahkan orang awam mengosongkan kawasan terbabit sebagai langkah keselamatan.

Katanya, polis masih menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap bungkusan terbabit.


SATU bungkusan misteri ditemui bersama nota ugutan bom berhampiran Perpustakaan Negara dan Wisma BERNAMA di sini, petang tadi. – Foto Ihsan Bomba

Sumber: Berita Harian

Share: