Share:
 Jainab bersama Nizam selepas menyampaikan sumbangan minyak masak pada majlis itu.
KEBAJIKAN: Jainab bersama Nizam selepas menyampaikan sumbangan minyak masak pada majlis itu.

TAWAU: Masyarakat perlu menghargai dan memberi sepenuh sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan yang lebih baik.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan BN begitu prihatin terhadap keperluan rakyat.

Kerajaan sememangnya prihatin terhadap rakyat bukan sahaja dari segi kebajikan, memberi bantuan, pembangunan malah ia juga dapat membangunkan minda rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengagihan minyak masak percuma di Taman Sri Balung, di sini. Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Menurut Nizam kerajaan juga memberi keperluan yang lain seperti menyediakan prasarana untuk kemudahan masyarakat terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Pada majlis itu, beliau turut menasihatkan rakyat di negeri ini agar tidak mudah terperdaya dengan dakyah pembangkang yang sentiasa mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan rakyat terutamanya pada musim pilihan raya.

Begaimanapun, beliau yakin rakyat di negeri ini bijak memilih pemimpin selain mampu menentukan kemajuan negara pada masa hadapan.

Pada masa sama, Nizam berkata kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang berjasa kepada rakyat sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Jelasnya ini kerana banyak pembangunan yang telah, sedang dan akan dirancang demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan.

Sumber: Utusan Borneo

Share: