Share:

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas dan membebaskan empat pengarah Multi-Usage Holdings (MUH) Bhd daripada pertuduhan gagal mengedarkan notis mesyuarat agung syarikat itu, dua tahun lalu.

Majistret Mohd Amin Shahul Hamid membuat keputusan itu terhadap orang kena saman (OKS), Ang Hwei Chyn, Ang Kim Cheng @ Ang Teng Kok, Cheah Chin Huat dan Abdul Aziz Mat pada akhir pendakwaan tanpa memanggil mereka membela diri.

Dalam hujahnya, Mohd Amin berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap keempat-empat OKS selepas mahkamah meneliti keterangan saksi, bukti dan penghujahan kedua-dua pihak.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat OKS didakwa gagal mengedar notis mesyuarat agung yang mengandungi kenyataan dalam resolusi dicadangkan ahli yang mempunyai lebih lima peratus pegangan saham dalam syarikat terbabit, melalui surat bertarikh 27 April 2015 untuk dikendalikan dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 151 (1) (b) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Share: