Share:

KAJANG: Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal dengan sebuah kereta kilometer 297.6 Lebuh raya Kuala Lumpur- Seremban dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.31 pagi itu, Muhammad Iqbal Md Fauze,17, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala rakannya, Nazim Mohd Tumirin,21, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Serdang.

Kejadian itu turut menyebabkan tiga yang lain termasuk seorang penumpang kereta parah dan semua mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Sumber: Berita Harian

Share: