Share:

Salam sejahtera dan salam muhibbah buat semua.Kembali bersama saya dalam ruangan Labu Emas.Setelah sekian lama menyepikan diri,kali ini kami kembali menemui anda dengan sebuah kisah menarik mengenai seorang gadis misteri yang menjadi tanda tanya menghantui sebuah rumah sewa.Kisah ini berlaku lebih kurang berberapa minggu yang lepas dimana ketika itu kebetulan saya bersama rakan mendapat tugas di sebuah daerah di selatan tanah air.

Setelah melihat kawasan projek kami dibawa ke sebuah rumah sewa yang terletak jauh dari rumah-rumah yang lain.Sememangnya rumah tersebut dalam deretan kawasan rumah sewa namun yang berpenghuni cuma kami dimana dari pintu pertama sehingga kami kesemuanya kosong Mungkin kerana masih baru.Selepas memilih bilik tidur masing-masing kami keluar semula ke pekan untuk membeli bekalan makanan manakala Hafiz seorang menunggu dirumah kerana kepenatan.Kami meninggalkan rumah sekitar 4 petang dan tiba di pekan sekitar 4.30 lebih kurang 30 minit lebih perjalanan dari taman perumahan baru tersebut ke pekan.

Setelah membeli kelengakapan dapur seadanya kami kembali ke rumah.Tiba dikawasan rumah saya lihat pintu utama ternganga dari jauh kami lihat Hennry seperti bercakap dengan seseorang dihadapan pintu rumah kedua paling hujung.Mulanya kami hanya menganggap Hennry bercakap melalui telefon bimbitnya.Kami membiarkan Gelagat Henry selesai mengangkut barang-barang kedalam rumah kami duduk berbual di ruang tengah sambil melayan rokok serta minuman.Hampir menjelang waktu maghrib baru lah Kelibat Henry kelihatan.Henry memberitahu jiran di hujung bangunan berasal dari Selangor dan baru menetap disitu bersama suaminya.Kami berpandangan sesama sendiri mendengar apa yang Henry katakan.

Manakan tidak sejak awal lagi Pengurus memberitahu kami kawasan yang kami duduki masih belum berpenghuni.Bagaimana Henry memberitahu disitu ada pasangan baru berkahwin turut mendiami rumah tersebut.Malam tersebut kami diganggu dengan bunyi tangisan yang kuat namun amat menyeramkan datang dari arah rumah yang Hennry katakan didiami oleh pasangan suami isteri tersebut.Mulanya kami beranggapan kemungkinan mereka bergaduh.Hamdan mengajak kami menjenguk rumah tersebut dari luar.Ternyata rumah tersebut terang.Kami pasti serta yakin mereka bertengkar.

Keesokan harinya kami menceritakan kisah tersebut kepada pengurus.Namun lain pula jadinya apabila pengurus memberitahu Tiada siapa yang tinggal di blok kami melainkan fasa pertama iaitu kawasan semi banglow yang telah diduduki tiga keluarga.Kami semakin keliru begitu juga Henry.Pukul 6 petang setelah habis waktu bekerja kami kembali ke rumah,ketika melintasi rumah nombor 10A. Ternyata pintu nya ditutup rapat serta tiada kesan-kesan ada orang tinggal disitu.Sekali lagi kami dengar suara tangisan malam tersebut.dimana kali ini suaranya amat menyeramkan.Sepertinya mendayu-dayu dari jauh. Begitu lah kehidupan kami selama berberapa hari disitu sehingga lah seorang kenalan kami mencadangkan agar kami menemui seorang Ustaz di surau berhampiran untuk meminta pendapat serta nasihat.

Dengan rela Ustaz mengikut kami balik pada malam tersebut iaitu malam kelima kami dirumah baru tersebut.Dari maghrib sehingga pukul 3 pagi kami menunggu namun tiada bunyi tangisan atau apa-apa yang pelik berlaku sehingga lah Ustaz meminta izin untuk balik ke rumah.Baru sahaja Ustaz membuka pintu kereta Tiba-tiba lampu dirumah 10A terbuka dan tertutup berselang seli diikuti dengan suara tangisan meminta tolong.kami bersama Ustaz berlari kearah rumah tersebut ketika ustaz memberi salam dan cuba membuka pintu rumah.Tiba-tiba suara tangisan menjadi senyap serta merta menjadi sunyi sepi.Pintu utama terbuka dengan perlahan melalui cahaya lampu suluh kami menyuluh kedalam rumah tersebut Tiba-tiba Ustaz bertakbir…kami semua melihat dengan mata kepala.Sekali imbas susuk tubuh wanita melintasi hadapan kami menuju ke bilik air dengan hanya berkain batik dengan rambut ikal seakan kerinting.


(Sekadar Hiasan)

Ketika itu degupan jantung saya bagai nak berhenti kerana takut setelah melihat sesuatu yang pelik depan mata.kelibat gadis berkain batik dengan rambut ikal melintasi hadapan kami bagai cahaya. Ketika itu kawasan rumah berbau hanyir bagai ada tumpahan darah ikan disegenap ruang.Kami semua mengundur kebelakang namun Ustaz tetap kehadapan.kami menunggu di luar rumah sehingga lah Ustaz muncul bersama sehelai kain batik lusuh.Kami semua kembali kerumah bersama Ustaz,ketika itu Ustaz memberitahu kami sewaktu rumah tersebut dibina,tiada sesiapa yang membersihkan kawasan tersebut dimana dahulu nya sebelum dibina tapak perumahan disitu terletaknya hutan tinggal dimana asalnya adalah dusun.Dalam dusun tersebut terletak sebuah pondok.

Pondok tersebut menjadi saksi dimana seorang gadis asli dibunuh dengan kejam setelah di perkosa lelaki nakal.Mayatnya di tanam dikawasan tersebut.Sambil tersenyum Ustaz memberitahu untung dia cuma menangis,bayangkan lah kalau kami semua kebetulan menginap di rumah 10A??.Malam esoknya iaitu malam terkahir kami disana,Tiada lagi bunyi-bunyi aneh mahupun tangisan menyeramkan kedengaran.Dan pagi tersebut kami bangun awal untuk bersiap-siap untuk balik.Pukul 9 pagi pengurus tiba menjemput dan menghantar kami ke terminal Bas untuk balik ke tempat masing-masing.Kisah misteri tersebut betul-betul meninggalkan kesan kepada saya sehingga hari ini setiap malam saya akan teringatkan bunyi tersebut.Termasuk lah rakan saya Henry yang masih demam akibat terkejut.Manakan tidak dia lah orang pertama siap berbual dengan orang yang tak wujud lagi.

Share: