Share:

“McD, anda terbaik!”

Itulah yang diucapkan oleh seorang netizen bernama Syed Azmi yang memuji tindakan dan keputusan yang dibuat oleh restoran makanan segera itu.

Apa yang dilakukan oleh Mcdonald’s sehingga membuatkan netizen ini bukan sahaja teruja malah tersentuh? Pasti ada cerita di sebaliknya.

“Ini Mior Azib Mior Kamarulbaid. Dia berumur 23 tahun. Hari ini merupakan hari pertamanya bekerja di Mcdonald’s Bandar Tun Hussein Onn.”

Syed Azmi memperkenalkan individu dalam gambar yang dimuatnaik ke dalam Facebooknya. Katanya, dia bercakap dengan Mior Azlan, abang kepada Mior Azib (gambar) yang begitu berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada adiknya.

“”Terima Kasih Mcd bagi peluang adik saya kerja, walaupun adik saya ini Sindrom Down serba kurang, sekurang- kurangnya Mcd beri peluang untuk anak – anak syurga mcm Azib urus diri, saya tak kisah pasal gaji yang penting Azib boleh bantu diri dia untuk teruskan kehidupan seperti orang lain. Terima Kasih Mcd Semoga Allah bagi ganjaran atas niat murni bantu Anak-Anak Syurga .

“Saya harap syarikat -syarikat diluar sana yang berkemampuan berilah peluang kepada Anak- Anak syurga ni mereka bukan orang biasa tetapi mereka ni luar biasa nikmat Yang Allah beri pada mereka kita boleh kongsi untuk Saham Akhirat,” katanya.

Para netizen turut memberikan sokongan dan juga berkongsi pengalaman berkunjung ke restoran lain yang turut memberikan peluang kepada golongan OKU.

“Di Kuching Sarawak, ada satu restauran KFC tu kita panggil KFC Bisu. Sebab kebanyakan staff dia orang OKU jenis bisu. Bila nak order tu, kite main tunjuk tunjuk je la. Tapi lama dah tak gi sana.”

Bukan itu sahaja, laman Facebook rasmi Mcdonald’s Malaysia turut terkesan dengan perkongsian daripada Syed Azmi ini. Buat masa ini, hampir 700 ‘share’ daripada netizen berhubungan status yang ini. Hebat, kan!

Penulis bersetuju dengan Syed Azmi bila dia berkata, “Bagi saya dia (Mior Azib) merupakan simbol kepada pengharapan.”

Share: