Share:

Siapa sangka rumah yang disewakan kepada pelajar perempuan berakhir dengan tragedi sewa tidak dibayar selama 4 bulan. Bukan itu sahaja, keadaan dalam rumah bersepah dan rosak seperti tongkang pecah.

Itu yang dikongsikan oleh seorang lelaki menerusi laman Facebook. Katanya, jika sebelum ini dia berasa takut dan juga risau untuk menyewakan rumahnya kepada kaum lelaki, keadaan jauh lebih teruk dengan penyewa perempuan.

“Bagus sangat perempuan menyewa rumah macam ni, selama ini fikir taknak sewakan kepada lelaki, takut rumah rosak.

“Sekarang ini pun perangai (penyewa perempuan) macam haram.”

Gambar-gambar yang dikongsikan juga sangat mengejutkan kerana ia bukan sahaja bersepah, malah sebahagian rumah dirosakkan dengan sengaja.

Perkataan kasar dan mencarut ditulis dengan cat pada bahagian dinding sekaligus menunjukkan tahap minda penyewa yang sangat rendah dan juga terkutuk!

Netizen yang melihat turut melempiaskan rasa marah dan juga geram melihatkan penyewa tersebut.

“Sebarkan sahaja gambar si penyewa pemalas ni..”

“Saya pernah menyewa dengan orang Indonesia pun jauh lebih bersih dari ini.”

Kesimpulannya, jika anda menyewa rumah atau bilik, jagalah amanah yang diberikan oleh tuan rumah. Sekiranya ada masalah, lebih baik berbincang dan bukannya merosakkan rumah berkenaan. Timbangrasa dan juga waras itu dimana sudah pergi?

Share: