Share:

Asalamualaikum dan salam muhibbah buat anda semua.kembali bersama saya dalam saluran Media Labu Emas.Untuk paparan kali ini saya akan kongsikan detik-detik sepi ketika menghabiskan cuti hujung minggu di Air Papan Mersing.Bermula agenda mencari kawasan rehat yang dekat serta tidak perlu menelan kos yang banyak,setelah di cari-cari dalam peta serta enjin carian Google,Akhirnya kami sepakat memilih Mersing untuk trip kali ini hahaha…

Pihak pengurusan Sri Mersing Resort pun dihubungi untuk tempahan,segala urusan berjalan dengan lancar.hari Sabtu 11 Febuari 2017 kami bertolak merentasi lebuhraya Utara Selatan sekitar 1 petang,syukur lebuhraya tak sesak trafik begitu lancar dan kami tiba di kluang juga agak awal seperti yang dirancangkan.Tanpa berlengah lagi kami menerukan perjalanan melalui Kluang,Kahang,Felda Nitar dan akhir nya tiba di Taman Wawasan Mersing lebih kurang tiga petang.

Singgah sebentar di bandar Mersing atas urusan Bank,dan terus meninggalkan Bandar mersing untuk ke Air Papan.dalam hati masing-masing tengah teruja membayangkan air laut dan chelet untuk berehat serta menenang kan fikiran.Tiba di Air papan,kecewa jelas terpancar pada wajah masing-masing.Manakan tidak..dengan laut bergelora,kedai-kedai banyak yang dah tak ada,pengunjung pun boleh kira berberapa orang sahaha !…Adusshh nak tak nak kena terima.Selesai urusan pendaftaran kami pun ke Chelet untuk keluarkan barang-barang.

Mujur lah pihak resort sedia kan kolam renang,jadi tak lah menyesal sangat datang.Malam tersebut hujan pula?…jawabnya duduk dalam chelet layan TV dengan Gadged masing-masing lah.Siang esok nya baru lah buat plan untuk BBQ…barang-barang semua dah siap tunggu malam nak Bakar je.Mengisi masa terluang selain berendam dalam kolam dan tidur,Sebahagian keluar ke bandar menambah keperluan serta membeli makanan.

Malam nya acara BBQ sambil berendam dalam kolam hahaha…walaupun sunyi cuma Team kami pengunjung ketika itu akan tetapi cukup seronok.kiranya tak lah sia-sia memandu jauh.walaupun tak mandi laut tapi Kolam renang cukup untuk kecut kan kuku kaki hahahaha…agaknya kami trip kali ini tersalah waktu.sejak mula kami tiba sehingga hari ketiga disana,cuaca mendung bersilih hujan.dengan laut sentiasa bergelora siap naik bendera Merah tanda bahaya untuk laut lagi.Dengan Tiupan angin kencang terasa melayang….

Berbeza dengan kunjungan Solo saya empat tahun lepas (boleh lihat disini->) MEMORI TERLAJAK DI AIR PAPAN TAHUN 2013 .ketika itu cuaca begitu baik,gerai-gerai masih banyak,pengunjung dari luar mahupun setempat pun ramai.Mungkin kerana peristiwa yang disiarkan dalam dada akhbar pada tahun tersebut menjadi punca?? Atau keadaan cuaca membuatkan pengunjung berkurangan.Apa-apa pun Terima kasih buat pihak pengurusan Sri Mersing Resort kerana memberi layanan terbaik selama kami disana,siap baiki Siaran Telivisyen,prepair set BBQ.

#bawah ni antara video sekitar Chelet yang krew kami sempat rakam kredit to Mentadak Rimba…janji sempoiiii….


(Suasana damai di Sri Mersing Resort)


(Yang ni rakaman Samseng Jalanan katanya angkara rembat ayam)

Sekian untuk kali ini,terima kasih buat semua…………………….

Kredit to;
Al Fadil Tn.Ramli & Keluarga
Penaja :
#Mentadak rimba
#Encik.Winston
#Encik.Hisham Sempoi
#Sinar Delima Niaga
#Nad @Mak loyang

Share: