Share:

LONDON: Pelakon Zoe Saldana melahirkan rasa teruja selepas tarikh tayangan filem sekuel box office 'Avatar' diumumkan.

Baru-baru ini, akaun Facebook rasmi Avatar berkongsi sekeping foto pengarah James Cameron bersama

pasukan pengeluaran dengan kapsyen, "Ia satu pengalaman yang berharga bekerjasama dengan pasukan terbaik dalam bidang ini. Avatar semakin mendekati anda memandangkan kami akan memulakan pembikinan secara serentak bagi empat sekuel.

"Pengembaran seterusnya dijadualkan menyusul pada 18 Disember 2020, 17 Disember 2021, 20 Disember 2024 dan 19 Disember 2025."

Bercakap kepada media ketika tayangan perdana Guardians of the Galaxy Vol. 2 pada Isnin, Saldana yang merupakan antara bintang utama Avatar menyambut baik pengumuman itu.

"Saya gembira dengan pengumuman itu… kerana saya tidak mahu melakukan penggambaran ketika saya lebih berusia, saya mungkin tidak dapat melakukan aksi lagak ngeri," seloroh pelakon berusia 38 tahun itu yang memainkan watak 'Neytiri'.

Sumber: Astro Awani

Share: