Share:

KUALA LUMPUR: Biarpun sarat mengandung dan hanya menunggu detik melahirkan bayi sulung, pelakon Sharifah Sakinah tetap menyempurnakan komitmen menghabiskan penggambaran telefilem.

Berganding dengan Aiman Hakim Ridza, Sakinah menjayakan watak wanita hamil dalam telefilem berjudul Dengan Beetle Kami Beraya Lagi terbitan Dark Wave Pictures.

“Sepatutnya penggambaran dilakukan lebih awal. Tetapi disebabkan Aiman terikat dengan kerja lain termasuk promosi filem Kimchi Untuk Awak, penggambaran hanya dapat dilakukan sekarang.

“Sudah seminggu penggambaran bermula… mujur watak saya dalam cerita ini menjadi wanita mengandung,” katanya kepada BH Online.

SHARIFAH sakinah bergandingan dengan Aiman Hakim Ridza menerusi telefilem Dengan Beetle Kami Beraya Lagi.

Sumber: Berita Harian

Share: