Share:

KUALA LUMPUR: Mencabar diri menguasai seni lakon, penyanyi bersuara lunak, Asmidar bakal muncul dalam drama pendek kempen Aidilfitri pereka terkenal, Rico Rinaldi.

Dalam gementar, juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama itu menyahut cabaran Rico yang tampil dengan koleksi Summeraya 2017.

Mengangkat kisah ala Bawang Putih Bawang Merah versi moden, Asmidar yang sebelum ini pernah membintangi teater muzikal, berganding dengan Fazlina iaitu adik pelakon dan pengarah popular, Fauziah Ahmad Daud.

Tahun lalu, Asmidar menyertai pertandingan realiti, D’Academy Asia di Indonesia dan muncul antara peserta favourite.

Asmidar memberitahu, tanpa disangka, dia dihubungi pereka terbabit untuk membintangi drama pendek berkenaan.

“Saya tak sangka terpilih. Penggambaran kempen berjudul ‘Mahkota Untuk Aisyah’ dilakukan bulan lalu dan mengambil masa dua hari.

“Kempen itu akan dilancarkan pada 17 Mei depan,” katanya kepada BH Online.

Asmidar mengaku dia tidak pandai berlakon.

Sumber: Berita Harian

Share: