Share:

LOS ANGELES: Pemenang Oscar tiga kali, Daniel Day-Lewis akan bersara dari dunia lakonan.

Menurut jurucakapnya, pelakon berusia 60 tahun yang pernah memenangi Pelakon Terbaik selama tiga kali itu, tidak meyatakan sebab keputusannya, dan melabelkan tindakannya sebagai ‘peribadi’.

“Daniel Day-Lewis tidak akan lagi bekerja sebagai seorang pelakon. Beliau amat bersyukur kepada semua kolaborator dan penonton,” kata pegawai pehubungan awamnya, Leslee Dart dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut berkata tidak ada komen lanjut mengenai perkara itu.

Beliau mempunyai satu lagi filem yang belun lagi ditayangkan iaitu ‘Phantom Thread’ yang memaparkan dunia fesyen London pasa zaman 1950an.

Filem itu akan ditayangkan dalam bulan Disember.

Sumber: Astro Awani

Share: