Share:

NEW YORK: Pelawak Amerika Syarikat, Charlie Murphy yang juga abang kepada pelakon Eddie Murphy, meninggal dunia akibat leukemia, hari ini pada usia 57 tahun.

Wakil beliau, Domenick Nati berkata, Murphy meninggal dunia di sebuah hospital di New York, pada awal pagi.

Beliau digandingkan dengan bintang terkenal, Rick James dan Prince dalam persembahan komedi Dave Chapelle dan membintangi beberapa filem, termasuk Jungle Fever, Night at the Museum dan Lottery Ticket.

“Kami sedih dengan pemergian Charlie,” kata keluarga Murphy dalam satu kenyataan kepada Hollywood Reporter. – AP


Sumber: Berita Harian

Share: