Share:

YUSUF yang baru saja menjengah usia 10 bulan kini sudah pun mempunyai 1.2 juta pengikut di laman sosial Instagram. – Foto ihsan Instagram Yusuf Iskandar

KUALA LUMPUR: Keletah cahaya mata sulung kepada pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar, semakin mendapat perhatian ramai di media sosial.

Yusuf yang baru saja menjengah usia 10 bulan kini sudah pun mempunyai 1.2 juta pengikut di laman sosial Instagram.

Terbaru, Hairul membuat luahan menyentuh perasaan di laman bergambar terbabit, menerusi video yang dimuat naik.

“Ada di antara mereka yang tertekan dengan urusan harian, tetapi gembira selepas melihat telatah kamu, ada di antara mereka yang belum kahwin tetapi mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat kecomelan kamu.

“Malah, ada juga yang belum ada rezeki untuk mempunyai cahaya mata, tetapi mendapat semangat dan terus berusaha selepas melihat kecerdikan kamu.

Keletah cahaya mata sulung kepada pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar, semakin mendapat perhatian ramai di media sosial.

“Ya Allah, kurniakanlah kepada penyokong keluarga kecil saya ini cahaya mata bagi mereka yang belum ada rezeki dan bahagiakan mereka dunia akhirat,” tulis Hairul mengiringi video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.

Hairul meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan cahaya mata yang memberi inspirasi kepada orang ramai. Selain mendoakan rezeki anak kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, Hairul turut berharap anak lelakinya membesar menjadi insan berakhlak mulia.

Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015.

Semalam, anak comel pasangan terbabit memenangi trofi Si Cilik Meletop pada Anugerah Meletop Era 2017 yang berlangsung di Shah Alam.

Share: