Share:

KUALA LUMPUR: Artis popular tempatan seperti Mawi, Siti Nordiana dan Syamel bakal menyerikan Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH’17) yang tampil dengan konsep ‘pasar lokal’ pada edisi ketiga di Shah Alam, awal Jun ini.

Artis lain yang boleh ditemui pengunjung fiesta adalah Caliph Buskers, Wany Hasrita, Amira Othman, Irfan Haris, Fina Mentor dan Tajul.

Menghangatkan suasana, FMBH’17 bakal dikendalikan penyampai radio Kool FM, Liza Khairuddin yang sebelum ini pernah menggalas tugas sama pada acara tahun lalu.

Selain beli-belah persiapan Syawal, pengunjung boleh beramah mesra dengan artis popular selain menonton persembahan mereka.

FMBH’17 akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) selama tiga hari mulai 2 Jun ini.

Tambah menarik, Siti Nordiana yang mesra dipanggil Nana, bersama Mawi akan membuka gerai jualan sempena fiesta berkenaan.

Lebih 100 bazar jualan pelbagai fesyen muslimah, aksesori dan kosmetik menyertai FMBH’17 dalam suasana santai, seiring sambutan ulang tahun BH ke-60.

Sumber: Berita Harian

Share: