Share:

Kek Pandan diiktirafkan sebagai 17 kek terbaik dunia oleh sebuah laman sesawang pelancongan dari Amerika Syarikat milik CNN.

Menariknya, kek itu dinamakan sebagai kek kebangsaan Singapura dan pengiktirafan itu dikongsikan bersama Malaysia.

Sebuah artikel yang diterbitkan oleh CNN menyifatkan kek tersebut merupakan satu kewajipan untuk dicuba sekiranya berkunjung ke Singapura atau Malaysia.

"Keenakan kek ini terletak pada rasa semulajadi daun pandan ditambah pula dengan kelembutan doh yang dihasilkan. Ia satu kepuasan!" tulis CNN.

Pine Garden, sebuah premis kek di Singapura mendapat pujian hasil daripada pembuatan kek pandan terbaik negara itu.

Bagaimanapun, pengiktirafan itu menimbulkan rungutan daripada netizen yang menyifatkan Malaysia lebih layak menerima gelaran itu.

Sementara itu, kuih lapis pula dinamakan sebagai kuih kebangsaan negara Indonesia.

Di Jepun, kuih dorayaki diiktiraf sebagai hidangan kebangsaan negara matahari terbit itu menakala kuih tradisional malaigo diangkat sebagai kuih kebangsaan Hong Kong.

Baklava menjadi kuih kebangsaan Turki, selain tiramisu di Itali, pavlova di New Zealand dan kek keju di Amerika Syarikat.

Olahan oleh: Amri Hassan

Sumber: Straits Times Singapura

Sumber: Astro Awani

Share: