Share:

KEHIDUPAN mewah seorang jejaka muda bergelar Datuk mendapat perhatian netizen terutamanya selepas video sambutan hari jadinya yang ke-21 tahun lepas tular di media sosial baru-baru ini.

Video itu memaparkan Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali dan seorang lelaki yang dipercayai bapanya turun dari sebuah jet sebelum masuk ke dalam sebuah kereta Rolls Royce yang kemudiannya diiringi untuk ke sebuah dewan di mana majlis sambutan ulang tahun itu diadakan.

Setakat ini, video itu menerima lebih 300 ribu tontonan dan juga pelbagai reaksi.
Berdasarkan kepada sekeping gambar yang dikongsikan di laman Instagram, Saiful dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang pada tahun 2015.

Not Everyone Is Lucky To Have This

Berdasarkan maklumat di Facebook miliknya, Saiful merupakan seorang ahli perniagaan yang memiliki pelbagai syarikat, termasuk firma rakaman yang dikenali sebagai Superstar Records.

Antara reaksi netizen di media sosial;

Sumber: Astro Awani

Share: