Share:

RAMADAN sudah hampir sampai ke penghujungnya. Pastinya ramai yang rasa ingin terus berada lebih lama dalam berkah bulan Ramadan ini.

Mereka yang benat-benar mendalami kelebihan Ramadan pastinya bersedih apabila tempoh sepurnama ini makin menuju ke penghujungnya.

Meskipun Syawal dinanti dengan penuh semangat meraikan kejayaan, Ramadan tentunya meninggalkan kesan kerohanian yang tinggi bagi setiap Muslim yang menghayatinya.

Tidak dapat dinafikan, Ramadan mengajar kita tentang ketaatan kepada perintah Allah, dan memelihara hubungan antara sesama manusia di muka bumi ini.

Bercakap tentang manusia di seluruh dunia, berikut adalah senarai selebriti luar negara yang sama-sama menjalani ibadah puasa, sekali gus mampu menyampaikan teladan dan dakwah tentang puasa Ramadan kepada komuniti global.

Mike Tyson
Tyson dikatakan sangat disiplin dalam mengamalkan ajaran Islam termasuklah berpuasa.

Memeluk agama Islam sekitar tahun 1990-an, bekas juara heavyweight dunia ini antara selebriti Barat yang mengamalkan ajaran Islam termasuklah berpuasa.

Halima Aden

Halima cuba buang tabiat suka tidur siang pada bulan puasa.

Peragawati ini mula mencipta nama selepas dipilih menjadi penghias kulit majalah Vogue. Dalam temu ramah dengan majalah Harper's Bazaar, Halima mengakui dia gemar tidur siang ketika berpuasa dan sedang berusaha membuang tabiat tidak baik itu.

Kareena Kapoor – Saif Ali Khan

Kareena akui perlu sesuaikan diri dengan tradisi Ramadan keluarga suaminya.

Kedua-duanya mengakui pengalaman berpuasa selepas berkahwin dan mempunyai cahaya mata sedikit berbeza, terutama bagi Kareena. Dalam satu temu ramah dengan portal hiburan India, Kareena memberitahu keluarga suaminya mempunyai tradisi tersendiri dalam bulan Ramadan, antaranya gemar bersedekah makanan dan wang kepada jiran tetangga.

Akon

Akon dilaporkan berpuasa kerana dibesarkan di Senegal yang majoriti penduduknya adalah Muslim.

Media antarabangsa melaporkan penyanyi dan rapper ini berkemungkinan besar berpuasa, memandangkan dia dibesarkan di Senegal, sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam. Namun Akon atau nama sebenarnya, Aliaune Damala Akon Thiam tidak pernah membuat kenyataan secara terbuka jika dia benar-benar berpuasa.

Shahid Kapoor

Shahid akui tidak pernah tinggal puasa sejak kecil.

Bintang Bollywood ini mengakui dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan dan mengamalkan ajaran Islam. Menerusi satu portal gaya hidup India, Shahid memberitahu tidak pernah lagi meninggalkan puasa Ramadan sepanjang hidupnya.

Sumber: Astro Awani

Share: