Share:

KUALA LUMPUR: Buku autobiografi sejarawan ulung negara Prof Khoo Kay Kim adalah sebuah buku sejarah negara.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, buku 'I, KKK – The Autobiography of a Historian' (IKKK) memaparkan perjalanan hidup seorang sejarawan bermula dari perpektif kanak-kanak yang menyaksikan pelbagai peristiwa.
“IKKK adalah juga sejarah negara, diceritakan melalui perspektif sejarah individu kanak-kanak di Kampar yang menyaksikan sendiri pendudukan tentera Jepun, remaja yang terperangkap dalam kereta api ketika berlakunya peristiwa berbalas tembakan di antara tentera Gurkha dan komunis,“ titah Sultan Nazrin ketika melancarkan IKKK di memorial Tunku Abdul Rahman di sini.

Sementara itu, Kay Kim yang ditemui ketika majlis pelancaran berkata buku 137 halaman itu dapat memberi perspektif sebenar tentang masyarakat Malaysia.

“Bagi saya, memang sudah lama saya mahu golongan muda sekarang ini mengenali masyarakat Malaysia. Mereka tak kenal, tanya tentang Kuala Lumpur pun mereka tak tahu,” katanya lagi.

Menurut Kay Kim, buku kisah hidupnya itu mengambil masa setahun untuk disiapkan, namun tidak semua pengalaman dapat dikongsikan dalam edisi kali ini dan akan disambung dalam keluaran akan datang.

Sumber: Astro Awani

Share: