Share:

ROME : Emma Morano, wanita warga Itali yang dipercayai paling tua dan terakhir hidup sejak abad ke-19 meninggal dunia pada usia 117 tahun.

Media Itali melaporkan Morano dilahirkan pada 29 November 1899 meninggal dunia di kediamannya di Verbania, bahagian utara Itali.

“Beliau memiliki satu kehidupan yang cukup luar biasa dan kekuatannya akan dijadikan semangat untuk kita meneruskan hidup pada masa akan datang,” Datuk Bandar Verbania dipetik sebagai berkata. – AFP


Sumber: Berita Harian

Share: