Share:

KUALA LUMPUR: Terminal 2 di Lapangan Terbang Changi di sini dikosongkan pada Selasa selepas berlakunya "kebakaran kecil" di balai berlepas itu.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dua individu dibawa ke hospital kerana terhidu asap.

Kebakaran berjaya dipadamkan tidak lama kemudian, sepertimana dilaporkan portal Channel News Asia.

Menurut twitter Lapangan Terbang Changi, penggera kebakaran telah diaktifkan pada kira-kira jam 17.40 susulan "asap yang keluar melalui lubang udara".

Difahamkan kebakaran bermula di stor di terminal lapangan terbang tersebut.

Sumber: Astro Awani

Share: