Share:

KABUL: Satu serangan bom bunuh diri ke atas kenderaan konvoi askar milik misi bantuan yang diketuai NATO, menyebabkan lapan orang awam terbunuh pada pagi Rabu.

Pegawai kesihatan juga mengesahkan 28 lagi mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, menurut jurucakap, tiada kepastian sama ada tentera asing turut tercedera dalam serangan itu, yang mengenai kumpulan kereta perisai yang direka untuk bertahan dalam letupan besar.

Letupan itu turut memusnahkan dan menyebabkan kerosakan teruk kenderaan milik orang awam yang berada di kawasan berdekatan.

Serangan itu susulan satu ancaman oleh Taliban yang menyasarkan penguatkuasa asing yang dilancarkan minggu lepas.

Saksi berkata, kesan darah dan pakaian boleh dilihat di kawasan letupan. Stesen televisyen Kabul sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh.

Belum ada sebarang komen dari pihak anggota misi bantuan terbabit.

Sumber: Astro Awani

Share: