Share:

ALEPPO: Ribuan penduduk Syira terkandas di dalam dan sekitar Aleppo pada Sabtu.

Aktivis dan pemantau perang berkata, perjanjian yang termeterai antara puak pemberontak dan kerajaan sebelum ini untuk memindahkan penduduk dari dua perkampungan syiah sebagai tukaran kepada pemberontak Sunni serta ahli keluarga mereka kini terhenti.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, ia terhenti berikutan pemberontak dari Zabadani masih tidak memperoleh jaminan keselamatan untuk keluar dari perkampungan berkenaan.

Perjanjian itu ialah antara yang dibuat beberapa bulan kebelakangan ini yang menyaksikan kerajaan Presiden Bashar al-Assad mengambil alih kuasa di kawasan yang sekian lama dikuasai musuh.

Sementara itu, anggota pemberontak dan ahli keluarga mereka dari Madaya berhampiran Damsyik dilihat menunggu dalam satu barisan di stesen bas untuk memulakan perjalanan ke Idlib – Reuters


Sumber: Berita Harian

Share: