Share:

BEIJING: Seorang pegawai kanan di Suruhanjaya Peraturan Perbankan China (CBRC) sedang disiasat kerana disyaki terbabit dalam skandal pinjaman, lapor majalah kewangan Caixin memetik sumber yang rapat dengan isu itu.

Penolong pengerusi CBRC, Yang Jiacai, disiasat sejak 9 April lalu berhubung skandal di wilayah Hubei, lapor Caixin lewat semalam, berikutan khabar angin di dalam talian yang mengatakan dia hilang sejak beberapa hari lalu.

Pada 9 April lalu, pemantau rasuah China turut mengumumkan siasatan terhadap pengerusi pengawal selia insurans di negara ini, Xiang Junbo, pengawal selia kewangan paling kanan pernah disiasat sebagai sebahagian daripada perjuangan kerajaan menentang rasuah.

Yang gagal dihubungi untuk mengulas lanjut. – Reuters

Sumber: Berita Harian

Share: