Share:

SEORANG lelaki Thailand membunuh bayi perempuannya berusia 11 bulan dan detik itu disiarkan di penstriman langsung Facebook Live pada Isnin.

Memetik laporan BBC.com, lelaki berkenaan yang berusia 21 tahun itu kemudiannya membunuh dirinya sendiri.

Kejadian itu dilaporkan berlaku setelah lelaki itu bergaduh dengan isterinya.
Laporan itu turut berkata bahawa video penstriman langsung itu masih boleh ditonton pada Selasa sebelum ia dipadamkan oleh Facebook.

Minggu lepas, seorang lelaki di Cleveland, Ohio, Steve Stephens, membunuh diri selepas diburu polis kerana menembak mati seorang lelaki dan menyiarkannya secara langsung di Facebook

Susulan itu, Facebook berkata ia akan mengkaji semula supaya video dan penstriman langsung seperti tembakan atau pembunahan boleh dipadamkan dengan segera.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berkata, pihaknya akan melakukan apa yang termampu bagi memastikan tiada lagi kandungan seperti itu pada masa depan.

Sumber: Astro Awani

Share: