Share:

AUSTIN, Texas – Seorang pelajar maut dan tiga lagi cedera akibat ditikam oleh seorang lelaki yang mengamuk menggunakan sebilah pisau pemburu semasa dia mendaftar masuk di Kampus Austin, Universiti Texas kelmarin, kata polis.

Suspek yang dikenali sebagai Ken­drex White, diberkas kira-kira dua minit selepas polis universiti berkenaan mene­rima aduan berhubung serangan itu.

White disoal siasat oleh polis dan akan didakwa tidak lama lagi.

“Saya tidak tahu motifnya (sera­ngan),” kata Ketua Polis Universiti Texas, David Carter pada satu sidang akhbar.

Kesemua mangsa ditemui di kawasan blok yang sama dengan mereka berusia 20 atau 21 tahun, kata polis. Nama mereka tidak didedahkan.

“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan saya,” kata Pre­siden universiti berkenaan, Greg Fenves.

Mangsa yang terbunuh ditemui mati di tempat kejadian, kata Kapten Perkhid­matan Perubatan Kecemasan Austin-Travis, Rick Rutledge menerusi temu bual di telefon.

Pihak universiti membatalkan kelas pada hari berkenaan susulan serangan itu. – Reuters

Sumber: Kosmo! Online

Share: