Share:

PYONGYANG: Korea Utara mengecam Amerika Syarikat selepas negara itu melancarkan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan.

Tegas Pyongyang, tindakan itu merupakan satu bentuk provokasi yang jelas.

Pyongyang menyifatkan latihan itu yang melibatkan aset pesawat pengebom B-1B, sebagai latihan melancarkan bom nuklear.

Kenyataan tegang ini dikeluarkan ketika dakwaan sistem peluru berpandu milik Amerika kini dalam proses sedia untuk digunakan di Seoul.

Kenyataan tersebut juga menyusul seminggu sebelum pilihan raya presiden Korea Selatan yang dijangka diadakan pada 9 Mei.

Pada Isnin, dua pesawat pengebom Amerika terbang di ruang udara Semenanjung Korea, sebahagian daripada latihan ketenteraan Korea Selatan, Jepun dan Amerika.

Menteri Pertahanan Korea Selatan mempertahankan latihan itu sebagai persediaan terhadap ancaman dan provokasi Pyongyang sejak kebelakangan ini.

Sumber: Astro Awani

Share: