Share:

SINGAPURA: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di Singapura malam ini bagi menghadiri sidang kemuncak bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, yang dijadual pada Selasa.

Ia merupakan pertemuan bersejarah yang julung kali diadakan bagi membincangkan isu nuklear Pyongyang yang juga agenda utama sidang kemuncak tersebut.

Terdahulu hari ini, Jong Un yang berlepas dari Pyongyang menggunakan jet peribadi telah tiba di Singapura, disambut Menteri Luar republik itu, Vivian Balakrishnan.

Beliau juga telah bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

BACA: Kim Jong Un tiba di Singapura untuk sidang kemuncak bersejarah

BACA: Kim Jong Un berlepas ke Singapura guna jet peribadi

BACA: Singapura bebaskan dua petugas media Korea Selatan

Sumber: Astro Awani

Share: