Share:

CIA kecam Wikileaks, sifatkan ia perkhidmatan rahsia musuh

WASHINGTON DC: Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA) Mike Pompeo melabelkan Wikileaks sebagai perkhidmatan rahsia musuh.

Ia susulan tindakan kumpulan anti kerahsiaan itu dedahkan beberapa dokumen sulit yang boleh meletakkan sesebuah negara atau individu dalam risiko.

Jelas Pompeo, individu seperti Julian Assange dan Edward Snowden hanya mahu dijulang sebagai wira tanpa memikikan kesan tindakan mereka.

Wikileaks bulan lalu membocorkan lebih 8,000 dokumen yang mendedahkan mengenai tindakan CIA menceroboh komputer, telefon bimbit dan tv pintar.

Sumber: Astro Awani

Share: