Share:

BANDAR MEXICO: Pihak berkuasa Mexico berkata, bekas Gabenor Veracruz, Javier Duarte yang sekian lama diburu kini ditahan di Guatemala.

Menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara Persekutuan lewat semalam, Duarte ditahan di Panajachel di bandar Guatemala, dekat bahagian Solola.

Kenyataan itu menyebut, dia dikehendaki kerana disyaki terbabit dengan jenayah terancang dan pengubahan wang haram.

Mexico berkata, pihaknya secara rasmi akan meminta dia diekstradisi. – AP

Sumber: Berita Harian

Share: