Share:

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam serangan pengebom nekad berkereta ke atas bas membawa penduduk Syria yang dipindahkan dari dua bandar ditawan kerajaan, kata pemantau, semalam.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh terdiri daripada penduduk yang dipindahkan.

Beberapa pemberontak yang mengawal bas di pusat perhentian di Rashidin, barat Aleppo dilaporkan terbunuh. – AFP


Sumber: Berita Harian

Share: